Impian Mu~~
Friday, July 16, 2010
hari ini 16/07/2010
hari ini aku tersenyum utk mengembirakan hati sekalipon hati ini sungguh malas untuk bekerja. Sesampai aku di pejabat ni terus aku on kan komputer yang agak pending ni dan aku terus keluar menuju ke Menara Maybank untuk mendapatkan cek. x banyak pon just rm500 je kot. dengan samar-samar untuk ke menara maybank tersebut dimana aku x plak pnah p sana buat aku agak rimas. hehehe cam x leh blah pon ada.. hahaha. setelah berjaya mendapatkan apa yang dikehendaki aku segera balik ke ofice akan tetapi terdetik di hati ini untuk x balik n nak p melepak. niat ini terbatak kerana setelah di pikir sedalamnya sangat tidak elok attitude semacam itu kan. aku sememangnya terus ke pejabat setelah selesai urusan disana. sampai di pejabat aku kene menyiapkan beberapa surat untuk pelepasan staf JSPP yang akan ke melaka untuk menghadiri diri ke pameran sambutan bulan pengguna. aku juga perlu mengumpul bahan modul (pengisian) untuk pameran tersebut.. akan tetapi semua tertangguh bila dr syarifah tiada di pejabatnya.. huhuhu..
Sunday, July 11, 2010
kerjaku...
Setelah aku berada didalam pejabat itu, dan semenjak hari pertama aku berada ditempat tersebut hati aku mula resah. Aku seolah- olah telah salah masuk tempat dimana sistem perjalanan dan gerak kerjanya seolah2 aku tidak tahu apa-apa sekalipon aku pernah menjalani khusus dan pernah aktif dalam kepimpinan kolej. Kerja yang perlu aku lakukan adalah sedikit sebanyak berkaitan dengan kerja aku sekarang. Akan tetapi kerja aku sekarang buat at aku resah dan tidur aku tidak lagi selena dulu, hujung minggu aku kini bukan lagi waktu bersosial aku malah otak aku menjadi semak bila terpaksa memikirkan kerja yang x sudah-sudah. huhuhuhu.
Aku terpaksa melakukan kerja sorang-sorang. Belumpon siap kerja yang sedang aku lakukan datang lagi 1 kerja baru yang memerlukan siap pada masa terdekat. Dengan hati yang tidak tenang ini membuatkan fikiran aku sentiasa memaksa diri untuk resign jawatan yang disandang sekarang..

kepenatan...
Disini aku cube meluahkan apa yang sedang aku alami dan rasai sejak kebelakangan ini. Sejujurnya hidup aku masih kelam dan keadaan aku bukan lagi seceria n semewah aku pada masa aku study... Aku sangat rindukan masa2 study aku dengan kawan2... bergelak ketawa, bergurau senda, kua melepak tanpa memikirkan sebarang perkara. Dulu aku bebas untuk melakukan apa saja tetapi sekarang smua benda aku perlu berfikir sebelum melakukannya. Pada masa sekarang aku sudah mula untuk fikir masa depan aku, dan aku juga tidak lagi boleh berkelakuan seperti dulu. TETAPI aku merindui kekawan aku yang dulu sesama susah dan senang bersama, we, mat we, fuad, cai, hassan, razif, faizah, haida, zila, suriani, salina dan yang lain.
Kepada adik aku (suraya), terima kasih aku ucapkan kerana selama ini banyak membantu dan mendengar semua masalah yang aku alami dan aku juga tidak pernah menyorok sebarang masalah aku pada dia. Terima kasih kerana menjadi pendengar yang setia dan selalu ada untuk aku. Hari-hari aku kini sangat merindui dan memerlukan koorang semua untuk bersama-sama aku seperti dulu. Tapi saat-saat itu tidak munkin dapat dikembalikan lagi. sesungguhnya aku sangat merinduinya dan aku sayang pada kamu semua..
insyaallah... jangan lupa pada aku tau...

Subscribe to:
Posts (Atom)