Pages

Sunday, July 11, 2010

kepenatan...

Disini aku cube meluahkan apa yang sedang aku alami dan rasai sejak kebelakangan ini. Sejujurnya hidup aku masih kelam dan keadaan aku bukan lagi seceria n semewah aku pada masa aku study... Aku sangat rindukan masa2 study aku dengan kawan2... bergelak ketawa, bergurau senda, kua melepak tanpa memikirkan sebarang perkara. Dulu aku bebas untuk melakukan apa saja tetapi sekarang smua benda aku perlu berfikir sebelum melakukannya. Pada masa sekarang aku sudah mula untuk fikir masa depan aku, dan aku juga tidak lagi boleh berkelakuan seperti dulu. TETAPI aku merindui kekawan aku yang dulu sesama susah dan senang bersama, we, mat we, fuad, cai, hassan, razif, faizah, haida, zila, suriani, salina dan yang lain.
Kepada adik aku (suraya), terima kasih aku ucapkan kerana selama ini banyak membantu dan mendengar semua masalah yang aku alami dan aku juga tidak pernah menyorok sebarang masalah aku pada dia. Terima kasih kerana menjadi pendengar yang setia dan selalu ada untuk aku. Hari-hari aku kini sangat merindui dan memerlukan koorang semua untuk bersama-sama aku seperti dulu. Tapi saat-saat itu tidak munkin dapat dikembalikan lagi. sesungguhnya aku sangat merinduinya dan aku sayang pada kamu semua..
insyaallah... jangan lupa pada aku tau...

No comments:

Post a Comment